Rabu, 30 November 2011

Aku Menulis Kerana Minat

Aku adalah seorang insan yang gemar membaca sejak alam sekolah rendah lagi. Banyak bahan bacaan yang menjadi bacaanku. Akhbar adalah antara bahan bacaan yang menjadi tatapan harian aku. Buku-buku, boleh dikatakan setiap bulan pasti akan ku beli walau membacanya belum tentu masa dan ketikanya. Bagi aku, beli dahulu dan simpan di rak buku. Insya Allah ada masa lapang pasti akan ku capai dan membacanya.

Daripada minat membaca itu, rupanya aku sedang memupuk minatku kepada menulis. Aku menyedari bahawa diriku mampu menulis. Aku punya sedikit ilmu untuk menulis. Aku pernah menghasilkan beberapa bentuk penulisan. Namun sayang, hasil penulisanku hilang begitu sahaja. Walau jumlahnya tidak banyak, sedikit sesal bersarang di hati hingga saat ini kerana tidak menyimpan karya terdahulu.

Justeru, tidak mahu isnya kembali berulang, aku bakal menumpahkan karya-karya aku dalam pelbagai genre dan topik di blog ini. Semoga apa yang aku tulis, dapat memberikan manfaat kepada para pembaca. Insya Allah aku akan mendisiplinkan diriku menulis secara berkala agar aku dapat menyampaikan idea-idea aku. 

Kepada para pembaca, aku sangat mengharapkan adanya komentar-komentar membina daripada anda agar aku dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu penulisanku. Aku sangat hargai mereka yang membaca penulisanku di sini.

Doakan aku berjaya menulis di alam maya ini dengan konsisten.